Friday, 16 May 2014

Fisabilillah


Hai, dah lama Ila tak buat entri. Sebenarnya Ila tak ada idea sebenarnya nak tulis apa. Minggu depan dh start sibuk dengan PPT (i hate exam -,-'') . Kene study dari awal. Lepas periksa, CUTI! Itu yang tak sabar-sabar nak habis periksa. Barulah dapat releks dekat rumah.

Haaa! Cube tengok buku kat atas nie

 ''Buku ditulis untuk menceritakan kisah kehidupan  Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam, yang diberi judul  "Cerita Cinta Ahmad Ammar".

Buku ini ditulis oleh 16 penulis yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat Almarhum. Sebanyak 10,000 naskah cetakan yang pertama sudah terjual.

Allahyarham Ahmad Ammar telah meninggal dunia setelah dilanggar oleh ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November 2013.

Jasad Ammar telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, dan disitulah juga menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki. Dan inilah jasad orang Malaysia yang pertama di kebumukan disini.

Dalam usia yang muda, Ahmad Ammar begitu aktif dalam aktiviti sukarelawan, menyertai misi kemanusian seperti di Syria. Dan dia juga selalu berhasrat untuk syahid setiap kali dia menyertai misi kemanusian. Namum hasrat beliau tertangguh.

Diharap dengan dibukukan kisah perjuangan Ahmad Ammar ini akan membuka mata anak muda kita untuk mengikut contoh yang baik seperti beliau.'' -sumber google-

Ila teringin sangat nak baca buku nie. kawan Ila dia dah baca buku nie, lepas tu dia ceritalah pasal buku nie. Ila dengar pun best memang terasa nak beli lah buku nie. Ila memang salute dekat Allahyarham Ahmad Ammar. Ila harap sangat Ila boleh jadi macam dia. Sampai sini je entri Ila, bye! Assalamualaikum

No comments: